3 Punca Utama Komunikasi Anda GAGAL!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Ramai orang pandai berkomunikasi, tetapi tak ramai yang mampu menguasai komunikasi yang berpengaruh. Hasilnya, anda akan bercakap sekadar bercakap saja, sekadar nak keluarkan suara. Namun impaknya tidak seberapa.

Mari saya kongsikan 3 punca utama kenapa komunikasi anda gagal selama ini.

#1 Self-centered

Antara sebab utama orang malas dengar anda bercakap adalah kerana anda selalu bercakap tentang anda, anda, dan anda! Membuatkan orang lain rasa tidak perlu untuk fokus dan bagi perhatian kerana mereka juga nak bercakap tentang diri mereka. Cuba bercakap tentang diri mereka, mesti mereka akan lebih fokus dan berminat.

#2 Tidak fokus pada isu sebenar

Sebab kedua kenapa orang malas nak dengar anda bercakap adalah kerana anda tak fokus pada gist atau isu sebenar perbualan. Lagi-lagi kalau anda tergesa-gesa melompat dari tajuk ke tajuk, membuatkan semua tajuk pu tergantung dan tidak mencapai penghujungnya. Cuba kenal pasti isu sebenar perbualan, dan fokus pada isu itu dahulu, sebelum anda melompat ke tajuk lain.

#3 Terlalu banyak mengkritik

Apabila anda terlalu banyak memberi kritikan, anda akan rasa anda bijak kerana anda mampu mengkritik orang lain. Namun sebenarnya tidak. Orang akan rasa kurang selesa dengan anda, dan secara perlahan mereka akan menjauhkan diri mereka dari anda. Cuba melihat kebaikan dan kehebatan orang lain dulu, ‘acknowledge’ kekuatan mereka, barulah memberi 1 kritikan yang ringkas dan lembut. Pendek kata, sebut 3 kekuatan, kemudian bagi 1 kritikan ringkas, kemudian bagi lagi 3 kekuatan lain.

Selamat mencuba. Jadilah komunikator yang berkuasa, berkesan, dan berpengaruh!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *