TIPS NAMA BISNES YANG IMPACTFUL

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

NAMA adalah elemen yang penting dalam bisnes.

.

Ia menjadi ‘muka depan’ dan bakal disebut-sebut sekiranya bisnes kita berjaya. Jadi adalah amat penting untuk kita mencipta nama yang ‘impactful’ dalam bisnes kita.

.

Nama apa? Ini adalah contoh beberapa ‘nama’ yang perlu diberi perhatian dalam bisnes :

1. Nama company

2. Nama brand

3. Nama produk

.

Macam mana nak cipta nama (company, brand & produk) yang best?

.

Baik, hari ni, saya nak share tips mencipta nama yang impactful dalam bisnes.

.

TIPS 1 : SENANG SEBUT

Ini penting. Untuk memastikan orang kerap menyebut nama bisnes kita, ianya mestilah senang disebut. Elakkan dari mengguna huruf atau perkataan yang susah disebut. Bila susah sebut, orang malas sebut, lama-lama nama bisnes kita tenggelam. Permudahkanlah orang untuk menyebut nama bisnes kita.

.

TIPS 2 : UNIK & MENARIK

Orang susah nak bagi perhatian pada benda biasa-biasa kan? Jadi, jika nama bisnes anda pun biasa-biasa, susahlah orang nak ingat. Cipta nama bisnes yang unik dan menarik. Mungkin anda boleh gunakan perkataan yang ‘rare’, atau gunakan ‘spelling error’ yang disengajakan. Contohnya ‘gorgeous’ dieja dengan ‘gojes’.

.

TIPS 3 : GAMBARAN JENIS BISNES

Kita bagi nama yang boleh memberi gambaran pada jenis bisnes kita. Sebagai contoh, jika kita jual produk kecantikan, kita boleh gunakan perkataan putih, gebu, fair, beauty, flawless, dan yang seumpamanya dalam nama bisnes kita tu. Sekaligus orang senang ingat nama bisnes dan bisnes kita.

.

Pemilihan nama ini sebenarnya adalah cara kita memanggil dan berkomunikasi dengan pelanggan kita. Sebelum mereka berkomunikasi dengan kita, mereka terlebih dahulu ‘jatuh cinta’ dengan nama bisnes kita.

.

Secara tidak langsung, dengan memberikan nama bisnes yang impactful, kita sebenarnya sudah mula menjual kepada mereka.

.

Best kan?

.

Ok, itu sahaja untuk kali ini.

.

Jika anda rasa artikelini bermanfaat, anda boleh share artikel ini ke media sosial anda ok. Terima kasih banyak-banyak ya.

.

SYAFIQ FADELI

Protalk Malaysia – Communication Expert

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *