TIPS MUDAH UNTUK YAKIN BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

TIPS MUDAH UNTUK YAKIN BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

 

Bercakap di khalayak ramai adalah satu ketakutan ramai manusia. Pendek kata, ramai manusia sanggup buat apa sahaja, asalkan jangan bercakap di khalayak ramai.

 

‘Stage fright’ dan ‘nervous’ ini sebenarnya boleh diubati.

 

Cuba ikuti tips ini.

 

1. UBAH MINDSET – Apabila kita hendak bercakap di khalayak ramai, pastikan kita ada mindset untuk berkongsi ilmu dan maklumat, bukannya nak ‘impress’ audiens kita. Kalau niat kita nak ‘impress’ audiens, kita akan jadi sangat ‘nervous’.

 

2. BUAT PERSIAPAN – Buat persiapan lengkap tentang apa yang hendak diucapkan dan sebagainya. Pastikan struktur, plot, speech craft, contoh, analogi, dan segalanya, dipersiapkan dan disusun dengan baik. Pastikan kita selesa dengan perancangan kita itu.

 

3. LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN – Selepas siap segala perancangan dan persiapan bahan, mula berlatih dan berlatih. Buat pengulangan sekerapnya agar ucapan kita menjadi lancar dan selesa. Boleh buat latihan secara bersendiri, rakam, atau di hadapan kawan-kawan sebagai permulaan.

 

Ok, saya harap tips ini membantu tuan puan semua ya.

 

Selamat berucap dengan jayanya!

 

SYAFIQ FADELI

Protalk Malaysia

Communication Expert.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *