Terma & Syarat

Terima kasih kerana telah menzahirkan minat dan komitmen untuk menyertai program kendalian Protalk Malaysia. Berikut merupakan terma & syarat untuk program kami.

  1. Makanan dan minuman tidak disediakan (kecuali dimaklumkan di dalam iklan atau pakej tertentu). Peserta dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman, atau membelinya di kedai berhampiran semasa rehat.
  2. Peserta diminta menghadiri program dengan memakai pakaian yang sesuai dan sopan. Pakaian yang melambangkan keganasan, kecelaruan, parti politik, berunsur lucah, bermesej tidak elok, dan yang seumpamanya, adalah tidak dibenarkan bagi menjaga keharmonian majlis.
  3. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  4. Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri pada hari program, anda dibenarkan mengganti penyertaan anda dengan orang lain.
  5. Sila maklumkan kepada admin@protalkmalaysia.com untuk mengganti peserta. Anda juga boleh memaklumkan penggantian melalui telefon (call, Whatsapp) ataupun semasa hari program (di meja pendaftaran).
  6. Sekiranya anda gagal untuk hadir dan mencari pengganti, wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan. Namun anda boleh menghadiri program berikutnya yang mengenakan yuran yang sama harga (sekiranya yurannya lebih mahal, anda boleh membuat penambahan dari jumlah wang bawa ke depan anda).
  7. Penyertaan secara walk-in adalah tidak dibenarkan (kecuali dimaklumkan di dalam iklan)
  8. Anda dibenarkan mengambil gambar atau merakam petikan pendek video sepanjang program. Rakaman video panjang atau video penuh adalah tidak dibenarkan.
  9. Sijil penyertaan dan handouts / workbook hanya disediakan sekiranya ianya tertera di dalam iklan.
  10. Sebarang hadiah saguhati, diskaun, promosi, pemilihan pemenang tiket percuma dan sebagainya adalah keputusan muktamad pihak pengurusan Protalk Malaysia. Pihak kami komited untuk memberikan servis terbaik kepada anda.